Saturday, December 20, 2008

Al-Fatihah buat Arwah Syed Abhar

Berita yang paling mengejutkan aku harini
Kematian cousin aku yang berada di Jengka, Pahang.
Arwah pergi tanpa kedua parents nya yang menunaikan kewajipan di tanah suci Mekah pada ketika ini.

Aku tahu arwah mempunyai sejenis sindrom tapi tak pasti nama sindrom itu.
Arwah yang pada awalnya normal, mendapat sindrom itu pada tahun lalu.
Dari lahir, awal normal tapi apabila diserang sindrom itu, arwah tak dapat melihat..Ya Allah, begitu hebat dugaan yang kau berikan kepada kanak2 yang baru berusia 12tahun..
Tapi aku betul2 kagum dengan semangat arwah. Dia tak pernah berasa takut atau kesal apa yang berlaku pada dirinya..
Walaupun arwah dah tak nampak, lagaknya macam biasa.
Kalau aku teringat akan hal arwah, pasti tertawa..
3hari sebelum kematian arwah, aku ada mendapat mimpi seseorang yang aku kenal meninggal.
Tak sangka itu petanda kematian arwah.

Percaya atau tidak,
Arwah Abhar pergi meninggalkan kami semua.
Aku berdoa dia ditempatkan dengan orang yang bertaqwa dan beriman.

Al-Fatihah.

kasih sayang dari,
cyma.

Friday, December 19, 2008

Alhamdulillah .. Graduate suda..

YAhuuu..
Alhamdulilah..
Smua da pun selesai.

Bersyukur pada Allah s.w.t. dapat jugak berkonvo nx yr.
Walaupun mlm tadi mum yang check kan for me..
Tapi i knw she's happy tgk result i.

Alhamdulilah.
Smlm adalah hari yang menggembirakan i.
Macam nak melompat dari tempat yg plg tinggi dan terbang melayang..
Perasaan yang sgt happy.

Dan sekarang, aku perlu job hunting.
Kepada kawan yang sudi baca blog nih, if ada vacancy, sila2 la bitau i.
Thx.

love,
cyma.

Thursday, December 18, 2008

What the F? Geram Seyh!

I sangat geram nih.
Da la rasa tak sihat je pagi ni.
Tunggu result exam pun tak kuar2 dari semalam.

Nak anta resume pun jadi sangkut semua nye.
Bikin panas dalam ati.
Tapi masih ada kesabaran dalam jiwa yang kacau ini.

Thx mother for your concern.
I love u.
I do really missed mum and dad.
Sampai termimpi2 dibuat nya mlm tadi.

Argh...

Tuesday, December 16, 2008

Selamat Pagi

Pagi.
Permulaan setiap hari bermula dengan pagi.

PAgi ni, rutin aku mcm biasa. Pergi civil engineering school.
tunggu access door buka, and thumbprint.
on pc, buat kopi.

log in fs, ms and blog.
tapi pagi ni, aku baca blog kwn aku.
ada kesedihan dlm penulisan dia tapi i tink da tiba masa utk dia buat perkara tu.
aku tk kata aku tk sedih tapi apa pun yg dia nak buat,aku akn support dia.
walaupun aku tk berapa rapat dgn dia tapi bagi aku, dia adalah kwn ku.

kdg2 hidup mmg tak adil.
kita mencintai tapi tk dicintai sama seperti itu.
tapi yang aku tau, cinta lengkapi hidup kita.

Pagi.
datang dan pergi..
life must go on... hanya diri sendiri yang boleh menentukan jln yang hendak dipilih.
gudluck to me and to all fwends.!


love,
cyma.

Monday, December 15, 2008

REUNION

Bismillahirahmanirahim

Macam mimpi..
After more than 4 years baru aku dapat jumpa kwn2 baik aku.
Walaupun hanya rapat dalam tempoh yang singkat tapi aku boleh katakan mereka adalah teman gembira dan sedih ku.

Aku boleh berkongsi gelak ketawa dan air mata bersama teman2ku.
Terima kasih kerana kalian masih seperti dulu.

Aku sangat bersyukur dengan kehadiran kalian dalam hidupku..

Friends Forever.


Dedicate for Betty, Edy, Nuyu, Yusz, Wan, Abby and Lynie.

Friday, December 5, 2008

I think this is cute....and it's true.

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan andadipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga

love,
cyma.

Monday, December 1, 2008

1st December 2008

i just wanna welcoming december..

lots of things happen in november..

good things and bad things...its all about experiences..

i still love myself, parents and friends... hurmmm special person? am not sure.?

Live to Fullest.!


love,
yimma